Hi all,
This time i will wrote in Malay .
Baru baru dalam metro ade citer pasal "wanita muda diperdaya untuk edar dadah ke oversea".
Memang kalau nak ikut banyak citer ( baru baru nie yang kat china ) tentang aweqs kiter kena tangkap atas sebab membawa drugs to negara lain. Kalau kita baca , mestilah kasihan dan simpati coz diorang kan rakyat mesia. Masalahnya , apa yang kita boleh buat ? Bagi donation ? bagi sokongan ? Sebenarnya tak banyak yang mampu kita usahakan untuk mereka selain berdoa agar mereka selamat di sana.
So, apa yang kita harus buat ? kalau baca metro tu ada bagi beberapa tips ( kalau tak silap la ). Tapi di sini , kami bagi lagi tips yang mungkin berguna untuk mereka yang bakal meghadapi situasi yang sama.
1. Kalau ader orang offer kerja kat luar negeri ke ensure dulu kerja apa dan alamat di oversea.
Then kalau ader alamat leh la check kat internet , sahih ke tak . Selalunya ada.
2. Kalau orang tu baru kenal , tak kira la warga asing ke tempatan ke, ambil gambar mereka dan simpan baik baik. Buat 2 salinan untuk anda satu , untuk di pos ke kawan / keluarga ( sewaktu nak fly ) atau simpan dalam email (* attachment ). Ini bleh membantu anda ketika anda kesusahan.
3. Dapatkan butiran orang yang menawarkan kerja kepada anda dan simpan di tempat yang boleh di akses oleh third party / pihak ketiga. Ini jugak bleh membantu anda nanti.
4. Pastikan ketika berangkat dan ketika sampai ke destinasi anda inform kepada keluarga . Jika anda ingin sembunyikan hal ini dari kelurga anda, sila inform pada orang lain yang anda percaya. Jika apa apa berlaku, bantuan akan lebih cepat di uruskan kerana ada orang lain yang monitor status anda.
5. Paling penting, ketika di airport, jangan terima / bawak barang dari orang yang offer kerja kat awak. Tolak secara baik atau jika di bungkus, mintak dia membuka bungkusan dan tunjukkan pada awak. Jika dia enggan, adalah di nasihati anda batalkan hasrat anda kerana mungkin anda jugak akan melencong ke pusat tahanan. ( bukan melancong ).
6. Untuk mengelakkan sebarang bahan lain di simpan dalam beg anda tanpa pengetahuan anda, sila beli beg yang boleh berkunci dan pastikan hanya anda yang menyimpan kunci itu. Jika beg anda tidak berkunci, jangan serahkan kepada orang lain untuk di jaga kerana " malang tidak berbau ".
7. Jika masa persediaan ( packing ) , orang yang menawarkan kerja pada anda ingin anda bawak bersama barang milik nya untuk di serahkan pada pejabat / wakil di luar negara, pastikan dulu isi kandungan barang itu. Duit yang bakal anda terima mungkin tidak berbaloi sekiranya anda di tahan ( tak sempat pon dapat duit ).
8. Jika boss baru anda pergi bersama, pastikan anda tidak membawa barang barang boss baru anda kerana mungkin ada yang tidak kena. " Air yang tenang , jangan di sangka tiada PIRANA!"
9. Pastikan anda tahu alamat dan no tepon duta / konsulat malaysia di negara yang bakal anda pergi untuk memudahkan anda mendapat khidmat nasihat jika menghadapi sebarang masalah.
So, di atas tu adalah antara tips yang sesuai dan di amalkan kebanyakan student ke luar negara. Malah bukan student pon , kalau ke oversea ada yang buat camtu for their safety.
Tapi perlu di ingatkan, cara paling selamat ialah " jangan buat kerja tu - tolak aja offer tu ". Malaysia ni pon banyak kerja ( segalanya ada di Malaysia " . Namun bila di bandingkan dengan nilai / gaji yang di tawarkan , tak mustahil akan ada yang terpengaruh. Well, banyak faktor yang boleh menyebabkan mereka terpengaruh untuk melalukan kerja ini. Terpulang pada hati masing masing. Jika anda atau kawan anda menerima offer sebegini , pastikan dulu kesahihannya dan ambil lah langkah langkah keselamatan yang cukup.
Sampai di sini dulu, next issue pasal wanita hujung minggu.
Note : Rambut sama hitam, hati lain lain. Jangan mudah di perdaya ! Sayangi keluarga !
Thursday, December 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment